MALAM NISFU SYAABAN

 

MALAM NISFU SYAABAN


Nisfu Syaaban Malam Pengampunan 

Sepertimana yang diketahui, Nisfu Syaaban sangat sinonim sebagai malam pengampunan buat umat Islam.


Amalan-Amalan Pada Malam Nisfu Syabaan 

  • Memperbanyakkan solat-solat sunat 
  • Memperbanyakkan doa 
  • Memperbanyakkan membaca al-Qur’an 
  • Memperbanyakkan berzikir dan berselawat

Kesimpulan Mengenai Malam Nisfu Syaaban Dan Amalan Khusus Perlu Dibuat 

Tiada hadith-hadith sahih mengkhususkan amalan-amalan tertentu yang perlu dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban. Namun perkara ini tidak menghalang umat Islam untuk meningkatkan kualiti ibadah pada malam tersebut dengan syarat tidak beri’tiqad [mempercayai] bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.

Kata kunci utama adalah, bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mempunyai keistimewaannya tersendiri dan kelebihan malam Nisfu Sya’ban turut dinyatakan di dalam hadis sahih. 

Sempena kedatangan bulan Syaaban ini yang menandakan betapa kita sedang menghampiri Ramadan al-Mubarak, sebagai umat Islam, kita hendaklah memanfaatkan dengan mempertingkatkan pelbagai amalan baik yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW dan berharap semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan.

©️ Sumber Artikel Di : https://www.infosentral.my/malam-nisfu-syaaban/

DI EDIT OLEH: YU ROSMELIANY BINTI ZAINI

Previous Post Next Post