BAJET 2023- KESAN NYA KEPADA SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

 BAJET 2023- KESAN NYA KEPADA SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PEMBENTANGAN  BAJET 2023 TELAH PUN DIUMUMKAN PADA 24 FEBRUARI 2023. Terdapat banyak perubahan pada sistem pendidikan , penambaikan , penubuhan sekolah-sekolah baru yang akan dilaksanakan di seluruh Malaysia

PEMBENTANGAN  BAJET 2023 TELAH PUN DIUMUMKAN PADA 24 FEBRUARI 2023. Terdapat banyak perubahan pada sistem pendidikan , penambaikan , penubuhan sekolah-sekolah baru yang akan dilaksanakan di seluruh Malaysia


10 ISI UTAMA BAJET 2023 UNTUK PENDIDIKAN

  • KPM menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak 55.2 bilion ringgit
  • RM2.3 bilion disediakan untuk infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah.
  • Sebahagiannya (RM920 juta) untuk menaik taraf segera bangunan serta infrastruktur di 380 buah sekolah yang daif khususnya di Sabah dan Sarawak.
  • Selain itu, RM900 juta disediakan kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah agama, SJKC dan SJKT bagi kerja seperti pembaikan tandas, pendawaian dan saliran sekolah serta menggantikan perabot dan peralatan asrama dan kelas yang telah uzur.
  • Selain itu, sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas akan dilengkapkan dengan kemudahan mesra OKU.
  • Kerajaan juga akan membina dewan terbuka bagi menyediakan keselesaan untuk anak-anak berhimpun.
  • Sebanyak tujuh sekolah baharu akan dibina dengan kos sebanyak 560 juta termasuk SK Paya Dusun, Terengganu, SMK Denai Alam, Selangor, SMK Nabalu, Sabah dan SMK Dudong, Sarawak.
  • Bagi menampung kos menyediakan makanan berkhasiat kepada murid-murid, kadar makanan bermasak bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah ditambah daripada 625 juta kepada 777 juta ringgit tahun ini yang memanfaatkan 700 ribu murid.
  • Peruntukan untuk Program Makanan
  • Prasekolah KPM ditingkatkan daripada RM89 juta ringgit kepada RM108 juta  bagi memberi manfaat kepada lebih 240 ribu murid prasekolah KPM.
  • Selari dengan arus pemodenan, keperluan pengajaran dan pembelajaran guru perlu segera beradaptasi dengan teknologi digital. Bagi tahun 2023, Kerajaan akan membekalkan sekolah dan institusi pendidikan KPM dengan 50 ribu komputer riba.


Diedit 👍

Yu.Rosmeliany Binti Zaini

Akademi Youtuber (AYU)


Previous Post Next Post