LORI SHIN YANG TERKANDAS DI JALAN MASUK TAMAN NYABAU HEIGHT BINTULU, SARAWAK

 LORI SHIN YANG TERKANDAS DI JALAN MASUK TAMAN NYABAU HEIGHT BINTULU, SARAWAK




8 MAC 2023, BINTULU, SARAWAK- Sekitar jam 6.30 petang, sebuah lori kepunyaan Syarikat Shin Yang terkandas di jalan masuk utama menuju ke Taman Nyabau Height (Taman ke rumah saya).Memandangkan lori itu terlebih ketinggian, bahagian atas lori telah melanggar du kabel elektrik dan kabel telekom sekali.

 Keadaan ini amat membahayakan keselamatan orang yang keluar masuk ke taman tersebut. Kes lori tersangkut ini berlangsung sehingga jam 8 malam di mana semua penduduk taman sudah mula gelisah dan tidak dapat masuk ke taman. 

Ada yang mahu menghantar anak ke pusat tuisyen, ada yang nak keluar bekerja di malam hari, ada yang baru balik dari bekerja, penat, Ada juga penduduk yang mahu menghantar danmengambil pakaian salinan untuk isterinya yang baru lepas bersalin. Mujurlah kes itu tidak mengambil masa terlalu lama. Kecuaian pemandu lori boleh menyebabkan kecelakaan pada bila bila masa sahaja. 

Oleh: Yu Rosmeliany binti Zaini
Youtuber akademi AYU Pendidikan

Previous Post Next Post